Keluaran dan sambutan Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah

Kutipan

Pada 28 Disember 2010, dilaporkan bahawa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah mencecah paras RM 6 juta semenjak dibuka pada 9 Disember, menjadikan filem ini terbitan Tayangan Unggul paling besar dalam sejarah.[8] Setelah habis tayangan di 39 buah pawagam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengutip sebanyak RM 7.90 juta,[1] sekaligus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia, mengekori filem Ngangkung yang mengutip RM 8.18 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan yang mengutip RM 8.03 juta.

Ulasan kritis

Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia mengulas bahawa HKLBR ialah sebuah filem satira sosial yang mengambil pendekatan komedi gelap. "Walaupun Hantu Kak Limah Balik Rumah kelihatan melucukan tetapi pemahaman tentang filem ini memerlukan keseriusan. Isu sosial dalam filem ini suatu yang serius, cuma disampaikan dengan pendekatan komedi satira.[6] Syazwan Zakariah juga dari Utusan Malaysia tidak menganggap Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Namun sekadar menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri.[9] Portal hiburan Gua.com.my pula menyifatkan HKLBR ialah sebuah karya bersifat sindiran sinis.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hantu-kak... http://www.imdb.com/title/tt1787073/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banggad... http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hantu_... http://www.gua.com.my/hiburan/ulasan/Sindiran_Sini... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/02/07/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/penerbit-ran... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...